Asal-usul nama AREX

Dalam bahasa Korea, perkhidmatan kereta api ini dikenali sebagai '인천국제공항철도' (仁川國際空港鐵道; Incheon-gugjegonghang cheoldo) yang bermaksud "Kereta Api Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon". Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Airport Railroad Express (yang mana ia membawa singkatan A'REX). Sebelum ini, ia dikenali sebagai Incheon Airport Railroad Express ("Ekspres Kereta Api Lapangan Terbang Incheon") atau IREX semasa diumumkan pada 1998. Nama tersebut ditukar kepada AREX pada Jun 2006 manakala dalam bahasa Korea, nama khidmat ini masih dikekalkan sejak awal lagi.